Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Baby On the Go

Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, September 27, 2012

iPHONE 5



iPHONE 5


iPhone 5 secara rasminya dilancarkan pada 12 September 2012 dengan beberapa perubahan terhadap spesifikasi yang terdapat pada model sebelumnya. Gadget ini telah dinaik taraf dengan penggunaan camera yang lebih canggih, screen yang lebih memuaskan dengan resolution yang begitu tinggi. Dengan saiz yang lebih ringan, nipis dan penggunaan processor yang lebih laju dan juga ketahanan bateri yang lebih lama daripada iPhone 4s, berapakah harga iphone 5 di Malaysia nanti. Ramalan harga iphone 5 di malaysia sama dengan harga iPhone 4s ketika pertama kali dikeluarkan.

spesifikasi iphone 5


iPHONE 5 ini hanya akan berada di pasaran US, Canada, France, Australia, Hong Kong, Germany, United Kingdom, Japan dan Singapore pada 21 September 2012. Boleh masuk pasaran Korea tak nie? Manakala pada 28 September 2012 iPhone 5 akan berada di lebih 22 negara termasuk Austria, Portugal, Italy, Norway, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Hungary, Ireland, Liechtenstein, Lithuania, Finland, Luxembourg, Netherlands, New Zealand, Poland, Slovakia, Slovenia, Sweden, Spain and Switzerland. Mungkin masuk ke Malaysia pada 29 September 2012.

Perbezaan Spesifikasi iPhone 5 dan iPhone 4s

MODEL
IPHONE 4S
IPHONE 5
Dimensions4.5 inches tall, 2.3 inches wide, 0.37 inches thick; 4.9 ounces4.87 inches tall, 2.3 inches wide, 0.30 inci thick; 3.95 ounces
Display3.5-inch Retina Display with 960×640-pixel resolution and 326 ppi; 3:2 aspect ratio4-inch Retina Display with 1,136×640-pixel resolution and 326ppi; 16:9 aspect ratio
Camera8 megapixel with flash, 1080p HD video recording at 30fps, auto focus, face detection, HDR shooting mode, f2.4 aperture, backside illumination, hybrid IR filter, five-element lens; front camera VGA camera8 megapixel with flash and 3264 x 2448 pixel resolution, 1080p HD video recording at 30fps, auto focus, face detection, HDR and panoramic shooting modes, f2.4 aperture, backside illumination, hybrid IR filter, five-element lens, dynamic low-light mode; front camera 1.2-megapixel camera with 720p HD video recording
ConnectivityBluetooth 4.0; 802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz); UMTS/HSDPA/HSUPA; GSM/EDGE; CDMA EV-DO Rev. ABluetooth 4.0; 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz and 5GHz); UMTS/HSPA+/DC-HSDPA; GSM/EDGE; LTE; CDMA EV-DO Rev. A and Rev. B
ProcessorDual-core 1GHz A5 processor with dual-core graphicsA6 processor
Storage16GB16GB, 32 GB, 64GB
LocationGPS, digital compass, Wi-Fi, cellularGPS and GLONASS, digital compass, Wi-Fi, cellular
SensorsThree-axis gyro, accelerometer, proximity sensor, ambient light sensorThree-axis gyro, accelerometer, proximity sensor, ambient light sensor
Battery8 hours talk time over 3G, 6 hours browsing over 3G, 14 hours over 2G, 9 hours browsing over Wi-Fi, 40 hours audio playback, 10 hours video playback, 200 hours standby8 hours talk time over 3G, 8 hours browsing over 3G, 8 hours browsing over LTE, 10 hours browsing over Wi-Fi, 40 hours audio playback, 10 hours video playback, 225 hours standby
ColorsBlack and whiteBlack and white
Audio systemTwo microphonesThree microphones
Connector30-pin connector8-pin Lightning connector

GALAXY NOTE 2 OR iPHONE 5 ?????



Baru2 ni..dua jenama handphone yg sedang berlumba2 ni telah selamat melancarkan model handfone mereka yg terbaru...

SAMSUNG GALAXY NOTE II


Gajet yang dikategorikan sebagai phablet (smartphone + tablet) itu dinamakan dengan Samsung Galaxy Note 2 @ II. Seperti Galaxy Note pertama yang pernah dikeluarkan sebelum ini, generasi kedua Note ini mempunyai kelebihan dan spesifikasi yang lebih tinggi.

Seperti yang dapat dijangka phablet ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi dengan pemprosesquad-core 1.6GHz, pilihan cakera memori sehingga 64GB dan RAM 2GB untuk penggunaan yang lebih pantas. Di samping itu seperti gajet-gajet terbaru Samsung, Galaxy Note 2 juga didatangkan dengan OS terbaru Android iaitu Android 4.1 Jelly Bean.


Note II - 3
Seperti diduga Samsung mengekalkan kelebihan mereka pada phablet ini dengan paparan skrin seluas5.5 inci Super AMOLED dan dengan mempunyai kamera belakang 8MP serta 2MP (depan). Selain itu Samsung juga menawarkan simpanan Dropbox sebanyak 50GB untuk 2 tahun!
Jom tengok spesifikasi Samsung galaxy Note 2 @ II ni.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 @ II

  • Android 4.1 (Jelly Bean) 
    1.6GHz ARM Cortex-A9 Quad-core processor 
    Mali-400MP GPU, Exynos 4412 chipset 
    16GB/32/64 GB internal storage 
    MicroSD up to 32GB 
    2GB RAM
  • 5.5-inch HD (720 x 1280) Super AMOLED display 
    8MP AF Camera (3264×2448 pixels) with LED flash 
    2MP front-facing camera

  • HSPA+ (HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps); 4G LTE-enabled, GPRS, EDGE 
    Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Hotspot 
    GPS, A-GPS and GLONASS 
    USB 2.0, USB OTG 
    Bluetooth 4.0 with A2DP and EDR
  • 3.5mm audio jack 
    3100 mAh Li-Ion battery 
    151.1 x 80.5 x 9.4 mm 
    180 g
  • Marble White / Titanium Gray

Harga Samsung Galaxy Note 2

Harga yang telah diwar-warkan adalah sekitar $925, jadi untuk harga di Malaysia ni..korang pandai-pandailah kira sendiri.

**TO BE CONTINUE******


Wednesday, September 26, 2012

Tips Mengikat Pasangan Agar Setia Dengan Anda..

6 TIPS AGAR PASANGAN SETIA BERSAMA ANDA...



Berikut adalah langkah – langkah yang perlu anda cuba agar hubungan anda tetap baik, dan pasangan tetap setia serta tidak curang.
  1. Jujurlah dengan pasangan anda, kerana jujur adalah dasar dari sebuah hubungan.
  2. Jadilah dirimu sendiri, kerana pasangan sangat menyukai anda yang tampil dengan kelebihan dan kelemahan anda sendiri.
  3. Cintailah pasangan anda dengan tulus, jika anda pernah menolong dia, janganlah anda mengungkit – ungkit ketika terjadi sesuatu diantara anda dan sidia.
  4. Jadilah pasangan yang terbuka kepada pasangan anda. Agar pasangan anda tidak berburuk sangka dengan anda.
  5. Jaga perhatian anda pada pasangan tetap utuh, maksudnya janganlah anda sampai mengurangkan rasa perhatian namun jangan terlalu berlebih juga.
  6. Hargai privacy pasangan anda, jika hal itu memang rahsia untuk pasangan anda, maka janganlah memaksanya untuk berbicara. Melainkan jika dia tidak kisah untuk berkongsi apa sahaja dengan ada. Antara dia dan anda tiada rahsia..
Mungkin sampai disini dulu perjumpaan kita kali ini, saya berharap semua yang saya tulis dapat memberi manfaat bagi anda..


Thursday, September 6, 2012

LELAKI CURANG...



“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Wednesday, September 5, 2012

OMG...ADAM & HAWA PULAKK...


AARON AZIZ lagi...waaa...ni yg xblh tahan ni..dgn ditambah jalan cerita yg cukup romantik...
OK buat masa ni da tgk eps 1 - 4...
Apa yg aku blh komen adalah..OMG Romantiknye Aaron dlm citer ni...Jatuh Cinta blh x????

Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawanidipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Sape peminat Aaron mesti tak melepaskan peluang menonton drama ini..lakonan beliau memang best seperti gak seperti  dalam filem Ombak Rindu.

Lakonan Nadiya Nissa yang berumur 27 tak usah di pertikaikan lagi sebab beliau pernah berlakon dalam filem Cun (ala jadi budak tak cukup akal tu), suka tenguk gak macam telatah dia cam kebudak-budakan....al maklumlah budak baru lepas habis sekolah. 

Beliau juga telah menamatkan tugasnya sebagai pegawai perhubungan awan di sebuah jabatan kerajaan dan ingin memberikan fokus kepada bidang lakonan.

Jom baca sinopsisnya..
  
Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
 

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya apabila  Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

  
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

  
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
 

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

 Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

NAK TENGOK???

APA ITU GANGNAM STYLE???


AFTER KPOP Kita dikecohkan pulak dengan GANGNAM STYLE.....
Apa benda GANGNAM STYLE ni????
Nak tahu..baca pe yg ak copy dr wikipedia ni....

"Oppan Gangnam Style" bermaksud "I love Gangnam Style", dan Gangnam Style merujuk kepada gaya hidup mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam di Seoul. Apa tujuannya, sama ada sebagai sindiran atau lain-lain tidaklah aku pasti. Mungkin cuma orang Korea saja yang faham walaupun hakikatnya trend Gangnam tu dah merebak ke seluruh dunia.



Tahukah anda, fenomena “Gangnam Style” telah dikaitkan dengan penyakit gangguan mental dan juga histeria secara beramai-ramai berdasarkan peristiwa sejarah?
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris selepas melihat fenomena muzik video “Oppa Gangnam Style” yang telah mencetus kegilaan ramai peminat dan video parodi diseluruh dunia.
Menurut Mohd Awang, peristiwa fenomena tarian seperti ini pernah berlaku di beberapa buah negara di Eropah seperti di Jerman dan Perancis. Dalam fenomena yang berlaku di Perancis, seorang wanita telah menari dan kemudian diikuti oleh 400 orang yang lain sehinggalah ada yang mati kerana serangan jantung.
“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai.” - Dr. Mohd. Awang Idris,  dipetik dari Kosmo Online.

PUJUK LELAKI KAHWIN JOM..


1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH

Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW.
Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita?
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa, apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta
dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya,apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah begitu?
Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya, apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2 RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.
Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita
diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…

 

2-Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita


Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera.
Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I…

3-Berterus terang sajalah


Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terangdengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan jadi bersedia?
Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin,
kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu.
Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?


So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni.
Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab
ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.


Mengenali Lelaki Curang !!!

.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.