Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Baby On the Go

Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, September 5, 2012

APA ITU GANGNAM STYLE???


AFTER KPOP Kita dikecohkan pulak dengan GANGNAM STYLE.....
Apa benda GANGNAM STYLE ni????
Nak tahu..baca pe yg ak copy dr wikipedia ni....

"Oppan Gangnam Style" bermaksud "I love Gangnam Style", dan Gangnam Style merujuk kepada gaya hidup mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam di Seoul. Apa tujuannya, sama ada sebagai sindiran atau lain-lain tidaklah aku pasti. Mungkin cuma orang Korea saja yang faham walaupun hakikatnya trend Gangnam tu dah merebak ke seluruh dunia.



Tahukah anda, fenomena “Gangnam Style” telah dikaitkan dengan penyakit gangguan mental dan juga histeria secara beramai-ramai berdasarkan peristiwa sejarah?
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris selepas melihat fenomena muzik video “Oppa Gangnam Style” yang telah mencetus kegilaan ramai peminat dan video parodi diseluruh dunia.
Menurut Mohd Awang, peristiwa fenomena tarian seperti ini pernah berlaku di beberapa buah negara di Eropah seperti di Jerman dan Perancis. Dalam fenomena yang berlaku di Perancis, seorang wanita telah menari dan kemudian diikuti oleh 400 orang yang lain sehinggalah ada yang mati kerana serangan jantung.
“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai.” - Dr. Mohd. Awang Idris,  dipetik dari Kosmo Online.

No comments: