Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Baby On the Go

Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, September 5, 2012

OMG...ADAM & HAWA PULAKK...


AARON AZIZ lagi...waaa...ni yg xblh tahan ni..dgn ditambah jalan cerita yg cukup romantik...
OK buat masa ni da tgk eps 1 - 4...
Apa yg aku blh komen adalah..OMG Romantiknye Aaron dlm citer ni...Jatuh Cinta blh x????

Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawanidipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.

Sape peminat Aaron mesti tak melepaskan peluang menonton drama ini..lakonan beliau memang best seperti gak seperti  dalam filem Ombak Rindu.

Lakonan Nadiya Nissa yang berumur 27 tak usah di pertikaikan lagi sebab beliau pernah berlakon dalam filem Cun (ala jadi budak tak cukup akal tu), suka tenguk gak macam telatah dia cam kebudak-budakan....al maklumlah budak baru lepas habis sekolah. 

Beliau juga telah menamatkan tugasnya sebagai pegawai perhubungan awan di sebuah jabatan kerajaan dan ingin memberikan fokus kepada bidang lakonan.

Jom baca sinopsisnya..
  
Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
 

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya apabila  Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

  
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

  
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
 

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

 Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

NAK TENGOK???

No comments: